Cute Onion Club - Onion Head

Followers™

Monday 26 March 2012

Erkkk..

Assalammualaikum..w..b..t

Erkk.. 
xpasan da dekat sebulan xupdate blog..huhu

Erkk..
mcm br 2mgu je xupdate..tp da 1 bln upenyer..huhu

Erkk..
Ape sebab ek xupdate???..huhu

Erkk..
bz kot..xpon wat2 bz..ngalahkan menteri..xsmpat nk lyn blog..huhu

Erkk..
xpon xde idea nk bubuh pe la kt blog...mgkin gak kot...huhu

Erkk..
tah2 ad commitment laen..agaknye kot...huhu

Erkk..
Alhamdulillah..kyng pon..hihi ^__^™

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR

Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir). Di bawah ini ini di nyatakan
cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari
perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak
mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara
memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1)

Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan
Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat
sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
[Riwayat al Bukhari]







Pagar Kedua (2)

Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada
mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan
kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci
terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang
Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik
untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia
telah tidur dalam keadaan bersuci'"
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]


Pagar Ketiga (3)

Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat
berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya
merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak
mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya
akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.
Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari
puaknya.'
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]


Pagar Keempat (4)

Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam
boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya
adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil
perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang
tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah
S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam
telinganya"
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]


Pagar Kelima (5)

Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia
akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah
buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki
tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah
dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata :
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu
dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau
betina.


Pagar Keenam (6)

Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau
selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan
yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke
atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang
yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir
dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]




Pagar Ketujuh (7)

Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah
sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa
di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu
mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut
sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal í¡ sendiri sememangnya
penipu"
[Riwayat al Bukhari.]

Sunday 26 February 2012

"Perempuan Tak Leh Memasak vs Lelaki Tak Mampu Jadi Imam"

Assalammualaikum..w..b..t

Ak nk share something..mcm best je..ermm.."Perempuan Tak Leh Memasak vs Lelaki Tak Mampu Jadi Imam"...Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam, ad perempuan kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.  <<<mcm luahan ati perempuan je kan..hehe..


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.


Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.


Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.


''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.


''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.


Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.


Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.


Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.


Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.


Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.


Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.


Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.


Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.


Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.


Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.


Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.


Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.


Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?


Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.


Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.


Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.


Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.


Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.


Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.


Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


Remark:
Same2 belajar ler..Ape la ssh sgt..Buang ego tu jauh2..Perkahwinan kan melengkapi 2 insan tok jadi hidup lebih sempurna..^_^™..so, before kawen sila penuhkan ilmu yg patut di dada...hehe

Friday 24 February 2012

TempeLkan aje...

Assalammualaikum..w..b..t

Pehhh..mlm ni da msuk mlm ke-3 ak demam...igtkan da ok...g keje rase ok..alik uma rase nk demam alik..adeh~...dugaan...xpela..penyakit menghapuskan dosa2 kecil...kafarah..

Da layan paracetamOL 2 biji..plus tempelan cOOL feVer tok menambahkan kecuTe tan...haha..org kate " cam dak kecik je pkai cOOL feVer"...dak kecik pkai cOOL feVer cute ap...kebetulan ak ni kecik...so, xsalah lau nk kate cute gak..haha...xkisah la...lau demam disebabkan panas dalam mmg ak tempel mende alah ni..alhamdulillah dgn izin Allah beransur kurang..same sperti ak wat sebelum2 ni..


Best tu tempel mende alah ni..b4 pkai, bubuh dlm peti ais..bg extra cOOL..terbaekkk..mudah2an dengan izin Allah, cepatlah sembuh...amin~..If mate xrase panas n pedih2, ak xtempeL mende alah ni...tp i have to and ad mende alah ni, so ak tempeLkan aje kt dahi ni...setel..

Monday 20 February 2012

Errrkkk...Cian Mamat ni...

Assalammualaikum..

So tired..lyn futsal for 2 hours with office members..tomorrow gonna work..need slot b4 8.00am..huhu..
This Thurday got invitation for friendly...Aquos Vs UTHM...lynkan je la..hoho..
Bsn lak xtau nk watpe smentara mnunggu feel tdo ni..hmmmm..nk petik isu ap ekk??..  -.-"

Hmmm..Apa yg org pmpuan suke tgk ttg lelaki ek??..which one is the most important??..appearance??..attitude??..properties??..career??..yg ane 1 ek??..
tp xtau la zaman skang wanita2 memandang ke arah pe..huhu..sometime, it is difficult to understand what are they looking for..ermm..sometime, laki2 wat baik pon salah..wat jahat lg la salah...cene ek..lau wat baik, nnt kua la ayt " awk terlalu baik..sy xlayak tok awk"..haha..kdg2 lawak gak dgr..cian laki2 tu..da tu xkan nk jd jahat lak..adeh~..xfaham tol ngn sikap wanita ni...cian mamat ni..

Dan mungkin da kua ayt tu, ak agak die tgk tang laen kot..mgkin diorg tgk kureng handsOme la.."xkan ak yg cun nk cOuple ngn mamat xhandsOme"..erkk..mgkin la..ak xpasti..tp kmungkinan berlaku..even baik ane pon lau kureng handsOme ssh gak kan..nk yg handsOme dan bergaya je tp aurat xjaga..dedah sane dedah sini..igt lawo sgt la lau wat cetu...hampeh je lau pk alik..huhu..cian mamat ni..

Lau xpon, diorg tgk tang career..hmm.."mamat ni keje *&*&% je..xmo la"..walau sebaek2 manusia pon mamat ni, ssh gak kan nk cari mkn..huhu..cian mamat ni..

How about properties??..skang cm ramai gak yg ushar kebendaan.."xnk la I naek moto cabuk U..ap kelasss.."..mak aih..ayt xleh blah..kcik ati mamat ni dgr..cam kene tikam byk kali je..mgkin diorg rase xstaraf kot..nk naek kete je..xmo da naek moto same..tp ak pon xsokong yg bkn muhrim naek moto same..hehe...xpasal2 kua wit simpanan wat beli kete..smata2 nk pikat wanita..ad gak kan org mcm tu..huhu..cian mamat ni..

So, agak2 la ap  yg wanita zaman skang pandang ttg lelaki kan..huhu..agak ssh tok dimengertikan..huhu..
ATTITUDE or APPEARANCE or CAREER or PROPERTIES???...hmmm..da mlm2 ni melalut je keje ak..merapu tah pe2..haha..sorry to say..  ;p

Thursday 16 February 2012

Tayar Pancit???..Aiyakkk

Assalammualaikum w.b.t


Hari ni outstation ke Shah Alam..Dengan menaiki Nissan Serena milik company yg 1st time memandunya..1st time gak drive gear auto kt steering..huhu...Ber2 ngn abg Rosli...g sana die drive..alik Johor ak drive lak..Dalam perjalanan pulang, agak tersentuh ati ak melihat duasuatu (leh ka??lau 1 sesuatu kan..tp ni 2....haha) situasi yg mengingatkan ia sama seperti yg berlaku kt ak ketika masih menuntut di UiTM beberapa tahun lps..huhu..


"Tayar Moto Pancit" di lebuhraya...Mak aih...mmg menguji kesabaran..Ak terlihat sebuah motosikal bergerak perlahan sambil disorong seorang lelaki di Nilai...tubuh badannya kecik je cm ak..huhu..tayar motonye sedikit gelong..menampakkan tiub tayar terkeluar dari kedudukan asal..simpati ak melihat..jam hampir pukul 5 ptg..susur keluar jauh lagi..kesiannya..dulu ak kene pon kt Nilai gak...nk mencari workshop moto terdekat???..pehhh..sempat menangis dulu..huhu..tp ak xnangis yer..haha..Lagi 1 kt sempadan Johor..ermmm..same gak keadaannya..huhu...ak hanya mampu menumpang simpati...nk benti, tools xde..huhu..tp tu la nasib penunggang motosikal..mmg perlukan persediaan rapi sebelum perjalanan..

Selepas kejadian tayar moto ak pancit, ak terus tuka tayar tubeless...mmg sgt2 berbaloi biarpun sedikit mahal..
xde lg kejadian pancit di tengah2 perjalanan..syukur alhamdulillah..tp tu dulu la mase ngah stdy..alik naek bas leceh..so, naek moto jela..jimat ckit..nk set mase sndiri pon sng..xdela terkejar2 cm naek bas..huhu..
cume pinggang skt ckit la..punggung lak kebas..3jam ats moto..fhm2 jela..huhu...ak nk sarankan la pada sape2 yg nk mnunggang motosikal melalui lebuhraya, better tuka dlu tayar tubeless..tok mengelakkan kjadian pancit memancit ni..huhu..bkn pe, kesian meh..so,  "sediakan umpan sebelum memancing"..

Friday 10 February 2012

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah

 
    Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang .
 
2 . Pendendam
 
    Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung .
 
3. Hasad dengki
 
   Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
 
4. Bakhil
 
      Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok
    dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci ora ng yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadang kala rezeki itu Allah beri melalui manusia
 
5. Tamak
 
    Ora ng ya ng tidak puas de ng an ya ng sedikit nescaya tidak akan puas de ng an ya ng banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** I ng at ! ya ng dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak ora ng lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar


   A
ndainya perkara ya ng kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal ya ng lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
 
7. Ego    
 
    Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang . Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
 
 
8. Riak
 
     Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang . Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
 

9. Cinta dunia

 

   T
idak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati
   
cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan bara ng buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah
   
akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

 
 
Kesimpulan

Jadi ya ng meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang , makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"